JOHOR BAHRU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machap, Datuk Onn Hafiz Ghazi mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor bagi penggal kedua selepas kejayaan Barisan Nasional (BN) mempertahankan pentadbiran negeri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16.
Istiadat angkat sumpah itu berlangsung di hadapan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail di Istana Bukit Serene pada petang Ahad.
Sebelum itu, kenderaan membawa Onn Hafiz memasuki Istana Bukit Serene pada jam 3.41 dan dilihat keluar pada jam 4.40 petang.
Pada pagi Ahad, Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Istana Pasir Pelangi.
Pertemuan yang berlangsung hampir sejam itu turut dihadiri Onn Hafiz selaku Pengerusi BN Johor. – Sinar
