Home NegeriDua beranak maut terperangkap dalam kebakaran rumah

Dua beranak maut terperangkap dalam kebakaran rumah

oleh suara timur

KUALA NERUS: Dua beranak maut dalam kebakaran melibatkan sebuah rumah di Kampung Tok Jembal, di sini hari ini.

Lelaki berusia 40 tahun dan anak lelakinya berumur sembilan tahun dipercayai terperangkap sewaktu nyenyak tidur di tingkat atas rumah terbabitcpada pukul 2.49 pagi.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd. Noor berkata, sewaktu kejadian, ibu lelaki terbabit berusia 67 tahun berjaya menyelamatkan diri.

“Pasukan bomba telah bergegas ke lokasi kejadian dan berjaya memadamkan kebakaran sepenuhnya pada pukul 6.10 pagi.

banner

“Rumah tersebut musnah kira-kira 70 peratus dan seorang bapa bersama anak lelakinya yang terperangkap dipercayai telah meninggal dunia,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Azli berkata, anggota bomba sedang berusaha untuk membawa keluar mayat dua beranak terbabit yang masih belum dikenal pasti identiti.

Beliau berkata, punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan. – Kosmo

Tinggalkan komen