Negeri Politik

Wanita Kelantan beli 500kg emas sebulan

KOTA BHARU: ‘Kegilaan’ wanita Kelantan atau Mek Kelate membeli emas untuk dijadikan perhiasan atau simpanan menyaksikan kira-kira 500 kilogram (kg) barangan kemas dijual setiap bulan di negeri ini.

Jumlah itu menunjukkan bahawa penawaran dan permintaan barangan kemas dalam
kalangan wanita Kelantan sangat tinggi berbanding negeri-negeri lain.

Pengerusi Taman Emas Malaysia, Zulki i Idris berkata, berpandukan kepada maklumat yang diperoleh daripada pengilang, jualan emas di Selangor dan Kuala Lumpur jika
digabung belum mampu menandingi nilai jualan barangan kemas di negeri ini, iaitu sekitar 400kg.

Beliau berkata, mengambil kira harga emas ketika ini, jualan emas di Kelantan dianggar-
kan berjumlah RM200 juta sebulan.

Katanya, permintaan tinggi terhadap barang kemas itu dipengaruhi tahap kesedaran
tinggi dalam kalangan rakyat negeri ini yang menjadikan emas sebagai simpanan.

“Budaya jual beli emas bukanlah perkara asing buat Mek Kelate. Ia sudah menjadi budaya sejak dahulu apabila mereka
(wanita) menjadikan emas sebagai simpanan selain dana untuk perniagaan.

“Anda mungkin pernah mendengar pepatah yang se ring diungkapkan oleh golongan wanita iaitu simpanlah emas walau sebesar ‘janggut udang’. Ini menunjukkan bahawa Mek Kelate dan emas tidak boleh dipisahkan,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Zulkifli berkata, perkembangan itu menjadikan perniagaan emas di negeri ini dil-
ihat lebih mudah berbanding tempat lain.

“Ini kerana budaya membeli dan menyimpan barangan kemas sudah sebati dengan Mek Kelate sekali gus menjadikan perniagaan itu tidak perlu dipromosi. Kebanyakan bekalan emas yang dijual di negeri ini diambil dari luar Pulau Pinang,” ujarnya.

Zulki berkata, kepelbagaian reka bentuk yang menarik dan unik turut mempengaruhi jualan emas di negeri ini apabila anak-anak Kelantan di perantauan memilih pulang
dan membeli barangan kemas di tempat mereka sendiri.

Katanya, kemahiran dan kualiti barang kemas yang dihasilkan oleh tukang-tukang emas
menambah daya tarikan kepada Mek Kelate untuk membeli emas.

“Dengan hampir 300 kedai emas dan bengkel pertukangan di seluruh Kelantan sudah
cukup membuatkan Mek Kelate ‘mabuk’ dengan pilihan corak dan reka bentuk barang kemas yang ditawarkan.

“Permintaan emas dijangka lebih tinggi menjelang sambutan Hari Raya Aidil tri tidak
lama lagi,” katanya.- Utusan

Related Posts