Home PolitikPN terima Pejuang, PCM sebagai ahli baharu

PN terima Pejuang, PCM sebagai ahli baharu

oleh suara timur

KUALA LUMPUR: Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) dan Parti Cinta Malaysia (PCM) diterima untuk menjadi keanggotaan Perikatan Nasional (PN).

Perkara tersebut diumumkan oleh Pengerusi PN, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar selepas mesyuarat tergempar Majlis Tertinggi PN.

Ahmad Samsuri berkata, mesyuarat kali ini dihadiri oleh semua parti yang menganggotai PN, Pas, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Gerakan dan Parti Rakyat India Malaysia (MIPP).

“Terdapat dua agenda utama yang dibincangkan. Pertama, berkaitan keanggotaan PN dan kedua mengenai Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor khususnya dan PRN Negeri Sembilan.

banner

“Bagi agenda pertama, mesyuarat bersetuju meluluskan permohonan dua parti politik untuk menjadi parti anggota baharu PN, iaitu Pejuang dan Parti Cinta Malaysia (PCM),” katanya kepada pemberita malam tadi.

Tambah Ahmad Samsuri, berkaitan PRN Johor dan Negeri Sembilan, mesyuarat bersetuju untuk memuktamadkan agihan kerusi menerusi jawatankuasa rundingan dalam tempoh segera. – Sinar

Tinggalkan komen