Politik

Perkembangan ekonomi Terengganu kedua terendah di Semenanjung Malaysia

KUALA TERENGGANU: Berdasarkan laporan daripada Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) yang dikeluarkan kelmarin menunjukkan perkembangan ekonomi Terengganu sejak 2018 adalah yang kedua terendah di Semenanjung Malaysia.

Memetik catatan dalam Facebook Greater Terengganu Development (GTD), laporan itu mendedahkan saiz ekonomi tahunan Terengganu hanya berkembang 14.65 peratus

Sementara itu, Kelantan pula mencatatkan prestasi yang agak baik iaitu 19.08 peratus.

Pahang pula berada di Top 3 dalam carta laporan tersebut dengan 22.02 peratus

“Agak sedih keadaan ini berlaku walaupun an Terengganu telah menerima lebih RM8 billion dana petroleum daripada Kerajaan Pusat sejak 2018,” tulis GTD.

Kerajaan Terengganu juga adalah penerima pemberian Pusat paling tinggi berbanding negeri di semenanjung lain. Kita menerima minimum RM1.2 bilion setahun sedangkan tiada negeri semenanjung yang menerima lebih RM1bilion.

Sementara itu, di ruang komen GTD, seorang pengikut, Rusilawati Razak menulis, “memalukan.. royalty dapat berbilion tapi negeri paling terkebelakang …” katanya. – Suara Timur

Related Posts