Home NegeriPelajar teruja hari pertama persekolahan naik kereta api

Pelajar teruja hari pertama persekolahan naik kereta api

oleh suara timur

KUALA KRAI: Ketika rakan sebaya mereka di bandar masih diulit mimpi, menjadi kebiasaan pelajar di pedalaman daerah ini bangun seawal jam 4 pagi, kerana perlu menaiki kereta api untuk ke sekolah setiap hari.

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dabong, di sini, teruja hari pertama sesi persekolahan hari ini apabila seawal jam 5.30 pagi mereka menanti ketibaan kereta api yang juga menjadi pengangkutan utama untuk menuntut ilmu.

Mereka yang tinggal di beberapa kampung termasuk Kampung Kemubu, Kampung Slow Pok Long, Kuala Gris, dan Kampung Bukit Abu menggunakan perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu (KTM) Antarabandar sebagai pengangkutan utama disebabkan lokasi sekolah yang terletak antara 14 hingga 25 kilometer dari kediaman mereka.

Setiap hari, hampir 150 pelajar dari SMK Dabong akan menggunakan perkhidmatan itu dengan pas bulanan yang diberikan secara percuma.

banner

Nur Alya Shuhaidah Mohd Suhazani, 16, berkata, dia dan adiknya, Maisarah Atikah 13, yang masing-masing bersekolah di SMK Dabong bangun seawal jam 5 pagi.

“Mereka menaiki motosikal ke Stesen Kereta Api Ulu Temiar dan menunggu kereta api tiba di stesen berkenaan pada jam 5.45 pagi untuk ke sekolah.

“Menggunakan pengangkutan kereta api jauh lebih mudah berbanding tambang teksi atau bas walaupun terpaksa bangun awal pagi kerana tidak mahu ketinggalan kereta api,” katanya.

Sementara itu, Wan Nashahidan Wan Abdullah, 17, yang juga bersekolah di SMK Dabong berkata, dia menggunakan perkhidmatan kereta api s

“Saya dan rakan-rakan perlu menepati masa kerana kereta api tiba untuk membawa kami sekolah melalui kawasan kampung masing-masing seawal jam 5 pagi, satu-satunya perkhidmatan yang ada untuk ke sekolah.

“Saya pernah beberapa kali tertinggal kereta api kerana terlewat bangun dan tiada pilihan lain melainkan untuk tidak hadir ke sekolah,” katanya. – Metro

Tinggalkan komen