Negeri

Cikgu Bekeng antologi cerpen terbaharu Pelita

Oleh LAZIM ENDUT

KUALA TERENGGANU: Cikgu Bekeng merupakan tajuk antologi cerpen terbitan terbaharu Persatuan Sasterwan Terengganu (Pelita) yang menghimpunkan sejumlah 42 buah cerpen menjurus kepada tema pendidikan dan warganya.

Kesemua cerpen dalam antologi itu merupakan hasil sumbangan penulis dalam kalangan guru dan bekas guru di Terengganu.

Lebih menarik cerpen-cerpen tersebut merupakan pengalaman sebenar peribadi guru-guru tersebut

Buku tersebut disunting oleh Kamarulzaman Ismail dan Abdul Mubin.

Cerpen-cerpen yang dicetak itu memaparkan bagaimana seorang guru berhadapan dengan pelbagai kesukaran dan keperitan dalam mengharungi peranan mereka dalam mendidik anak bangsa mereka.

Selain kerenah anak didik sendiri, ada antara mereka terpaksa berhadapan dengan ibu bapa atau keluarga murid, berdepan dengan kerenah masyarakat setempat, keakraban serta kerenah rakan sejawat, peluang berbakti semula kepada gurunya, membina pengalaman diri dan tidak kurang yang terpaksa merempuh kerenah pihak pentadbir institusi ilmu itu sendiri.

Hayati bagaimana garapan kisah benar dalam langgam kreatif menarik di tangan guru dan bekas guru dalam antologi Cikgu Bekeng ini. – Suara Timur

Related Posts