Home NegeriMayat Muhammad Zarif ditemukan terdampar di kawasan pantai

Mayat Muhammad Zarif ditemukan terdampar di kawasan pantai

oleh suara timur

KUALA NERUS: Pencarian Muhammad Zarif Mohd Hazahari, 4, berakhir apabila mayat kanak-kanak berkenaan ditemukan di satu kawasan pantai di Merang, dekat sini, 3 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor mengesahkan, mayat anak kelima daripada enam beradik itu ditemukan terdampar di atas pasir oleh pasukan penyelamat dan penduduk, kira-kira enam kilometer (km) dari lokasi mangsa dilaporkan hilang.

“Kira-kira 3 pagi, mayat (mangsa) ditemukan oleh pasukan penyelamat dan penduduk setempat.

“Laporan penuh akan menyusul,” katanya menerusi kenyataan ringkas menerusi WhatsApp awal pagi ini.

banner

Media sebelum ini melaporkan, Muhammad Zarif dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan ombak besar ketika di Pantai Sauh, Batu Rakit, di sini, petang Jumaat lalu.

Pada kejadian kira-kira 6.30 petang itu, mangsa berada di pantai berkenaan bersama ibu saudaranya serta empat lagi kanak-kanak lain untuk bersiar-siar.

Selepas setengah jam berada di kawasan pantai, mangsa dikatakan ke gigi air sebelum secara tiba-tiba dihanyutkan ombak. – Metro

Tinggalkan komen