Negara

Rakyat Malaysia parah ditembak di Golok

KOTA BHARU: Seorang rakyat Malaysia parah ditembak di sebuah rumah di kawasan Suhang, Golok, Thailand, petang semalam.

Dalam kejadian pada jam 6.40 petang waktu Thailand, dikatakan berlaku pertengkaran antara mangsa berusia 33 tahun dengan suspek sebelum rakyat Malaysia itu ditembak.

Mangsa yang dipercayai berasal dari Pasir Mas itu kini sedang menerima rawatan di Hospital Suhang dan keadaannya dilaporkan stabil.

Jurucakap polis Thailand berkata, kejadian dipercayai berlaku disebabkan pertikaian antara mangsa dan suspek berkait masalah hutang.

“Suspek dan mangsa dipercayai bertengkar sebelum kejadian tembakan berlaku. Polis turut merampas sepucuk pistol 9mm yang digunakan suspek,” katanya.

Katanya, polis kini giat memburu suspek yang melarikan diri selepas kejadian itu. – Berita Harian

Related Posts