KOTA BHARU: Kota Bharu kini dicalonkan sebagai Bandar Kraf Dunia di bawah pengiktirafan Majlis Kraf Dunia (WCC), Ahad lepas.
Menurut kenyataan Pertubuhan Kraf Malaysia (MCC) hari ini, pencalonan itu dianggap satu pencapaian penting dan bersejarah kerana membuka peluang untuk seni kraf tempatan diiktiraf di peringkat antarabangsa.
“Walaupun pengiktirafan rasmi masih dalam proses penilaian WCC, pencalonan ini sendiri sudah membuktikan kekayaan warisan seni kraf negeri Kelantan serta sokongan padu komuniti kraf di sini.
“Pencalonan ini juga menandakan langkah signifikan MCC dalam usaha melestarikan warisan seni kraf, selain membuka peluang ekonomi kepada komuniti setempat, terutamanya wanita dan penggiat seni tekstil tradisional,” menurut MCC. – Suara Timur