Mahkamah dan Jenayah

Ibu tunggal diperdaya ‘bomoh’ serah video, gambar tanpa seurat benang

ROMPIN: Gara-gara percaya terkena ‘buatan orang’ seorang ibu tunggal bukan sahaja mengalami kerugian sebanyak RM103,000 malah turut menyerahkan videonya melakukan hubungan seks, beronani dan gambar bogel serta air mani kepada suspek bagi melakukan rawatan mistik.

Mangsa berumur 51 tahun yang berasal dari Terengganu dan bekerja sendiri sebagai tukang jahit telah menjual empat utas gelang tangan emas bernilai RM71,350 untuk diserahkan kepada suspek bersama seutas rantai emas bagi tujuan perubatan.

Ketua Polis Daerah Rompin, Superintendan Sharif Shai Sharif Mondoi berkata, kejadian bermula 1 September lalu selepas mangsa yang mempunyai tiga anak berkenalan dengan seorang lelaki di Aplikasi Omi dan telah berhubung melalui Telegram.

“Lelaki tersebut mengatakan mangsa telah terkena buatan orang dan akan membantu merawat pengadu serta meminta mangsa untuk menggenggam sebiji telur dan garam.

“Barang tersebut perlu diletakkan dalam bilik dan mangsa berasa seperti telah dipukau serta telah menunjukkan barang-barang emas miliknya,”katanya di sini hari ini.

Menurutnya pada 3 September lalu mangsa telah menjual empat utas gelang tangan emas berjumlah RM71,350 sebelum meletakkan wang berjumlah RM71,000 bersama seutas rantai emas dengan anggaran berat 80 gram berhampiran longkang di bawah pokok dekat kawasan Bukit Serok, Kota Bahagia di sini.

Katanya, mangsa diberitahu wang tersebut akan diterima semula dalam tempoh tiga hingga empat hari atau dua minggu kerana wang tersebut ghaib dan mangsa perlu meneruskan rawatan tersebut.

Tambahnya, mangsa juga diarahkan menyerahkan air mani mana-mana lelaki dan membuat video melakukan hubungan seks dengan mana-mana lelaki serta menghantar video tersebut kepada suspek.

“Pada pukul 5.30 pagi 4 September lalu mangsa telah menyerahkan video melakukan hubungan seks, video beronani dan gambar dalam keadaan bogel.

“Pada pukul 6 pagi, 5 September lalu mangsa pergi semula ke tempat barangan yang ditinggalkan tersebut dan tidak menjumpai apa-apa barangan seperti yang diberitahu kepada mangsa,”katanya.

Katanya, susulan itu mangsa berasa tertipu dan datang ke Balai Polis Kota Bahagia di sinu buat laporan polis kerana telah mengalami kerugian dianggarkan berjumlah RM103,000.

Ujarnya, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan hasil siasatan awal mendapati kes ini merupakan penipuan ‘bomoh scammer’.  – Kosmo

Related Posts