Mahkamah dan Jenayah Negara

Lelaki mengamuk ‘tersungkur’ ditembak pengawal keselamatan

KUALA LANGAT: Seorang lelaki yang mengamuk dengan menggunakan senjata tajam cedera selepas kakinya ditembak seorang pengawal keselamatan.

Difahamkan, kejadian berlaku di sebuah restoran berhampiran Hospital Banting, di sini hari ini.

Menerusi video berdurasi 57 saat yang tular di laman sosial, beberapa individu dilihat menggunakan kerusi bagi mempertahankan diri dari diserang lelaki terbabit.

Bagaimanapun, lelaki itu kemudian dipercayai cuba melarikan diri sebelum pengawal keselamatan melepaskan satu das tembakan pada kakinya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Mohd Akmalrizal Radzi ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Beliau berkata, satu kenyataan media akan dikeluarkan. – Harian Metro

Related Posts