Home NegaraInti pati pengumuman penghargaan kepada rakyat Malaysia oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim

Inti pati pengumuman penghargaan kepada rakyat Malaysia oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim

oleh suara timur

📌 Setiap warganegara berusia 18 tahun dan ke atas akan menerima RM100 secara one-off melalui MyKad di bawah SARA – PM Anwar

📌 Kadar Gaji Minimum RM1,700 berkuat kuasa sepenuhnya 1 Ogos ini

📌 15 September diumumkan sebagai hari kelepasan am tambahan sempena Sambutan Hari Malaysia tahun ini

📌 KKM akan percepat pengisian 4,352 jawatan termasuk doktor kontrak di seluruh negara menjelang akhir 2025

banner

📌 Pertumbuhan KDNK suku pertama tahun ini catat pertumbuhan 4.4 peratus dan berdasarkan unjuran awal, suku kedua bakal mencecah 4.5 peratus

📌 Malaysia melonjak 11 anak tangga ke kedudukan 23 dalam Indeks Daya Saing Dunia 2025

📌 Kerajaan akan luncurkan Sejahtera MADANI, bantu miskin tegar dan miskin melalui usaha sama Kerajaan dan sektor korporat

📌 Harga Lantai Belian Padi ditingkatkan kepada RM1,500

📌 Peruntukan STR dan SARA 2025 dinaikkan kepada RM15 bilion, bantuan tunai pertama dalam sejarah untuk semua rakyat dewasa

📌 Malaysia catat pelaburan diluluskan tertinggi dalam sejarah berjumlah RM384 bilion pada 2024, meningkat 17 peratus berbanding 2023 dan pencapaian ini diunjur terus melonjak pada 2025

📌 Kenaikan kadar tol 10 lebuh raya utama ditangguhkan, kerajaan akan tanggung kos lebih RM500 juta

📌 Rakyat Malaysia akan menikmati harga subsidi RON95 lebih rendah iaitu RM1.99 seliter apabila subsidi diperkenalkan, yang bakal memanfaatkan sekitar 18 juta pengguna

📌 Penyasaran subsidi petrol RON95 kekal akan dilaksanakan dengan perincian diumum akhir September 2025, namun kerajaan beri jaminan rakyat tidak akan terjejas

📌 Sebanyak 85 peratus pengguna domestik nikmati penurunan bil elektrik Julai 2025 bagi penggunaan yang sama berbanding separuh pertama 2025 iaitu sehingga 14 peratus

📌 Pendekatan bersasar sejajar ikhtiar kerajaan optimumkan sumber negara bagi manfaat rakyat dan kurangkan pembaziran subsidi

📌 Setakat pertengahan 2025, ringgit mengukuh lebih 5 peratus berbanding dolar AS, terkini mencatat paras RM4.23 – meletakkan ringgit antara lima mata wang terbaik Asia tahun ini

Sumber: Bernama News

Tinggalkan komen