Negara

SARA RM100 untuk semua rakyat Malaysia – PM

PUTRAJAYA- Setiap warganegara dewasa berumur 18 tahun ke atas akan menerima RM100 sekali bayar melalui MyKad di bawah program Sumbangan Asas Rahmah (SARA).

Ia sebahagian daripada inisiatif penghargaan luar biasa untuk rakyat yang dimaklumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim minggu lalu.

Dalam pengumuman yang disiarkan secara langsung melalui stesen televisyen tempatan sebentar tadi, Anwar berkata, bayaran SARA itu dibuat bersempena Sambutan Hari Kebangsaan 2025, hujung bulan depan.

“Bantuan ini boleh dibelanjakan mulai 31 Ogos sehingga 31 Disember bagi membeli barangan asas di lebih 4,100 kedai termasuk pasar raya utama seperti

Mydin, Lotus, Econsave dan 99Speedmart serta kedai-kedai runcit di semua daerah seluruh negara,” katanya.

Ujar beliau, bantuan tersebut diberikan secara individu dan bukannya isi rumah.

“Maknanya, sebuah isi rumah umpamanya suami, isteri dan dua orang anak dewasa akan dapat RM400,” jelasnya.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, ikhtiar ini dijangka memanfaatkan 22 juta rakyat melibatkan peruntukan RM2 bilion. – Sinar Harian

Related Posts