Negara

2,467 kes keganasan rumah tangga direkod, suri rumah mangsa paling tinggi – Noraini

KUALA TERENGGANU – Sebanyak 2,467 kes keganasan rumah tangga direkodkan di seluruh negara bagi tempoh Januari hingga April tahun ini.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata, hasil kajian menunjukkan suri rumah merupakan golongan paling tinggi menjadi mangsa keganasan rumah tangga.

“Tetapi mungkin ada sesetengah, mereka tidak sedar pun sedang menjadi mangsa…sebab penderaan ini bukan fizikal sahaja, ia ada penderaan emosi. Kadang-kadang pelaku itu dia boleh buat psikologi terbalik pula.

“Kajian juga mendapati kebanyakan penderaan dilakukan oleh orang paling dekat dengan mangsa atau dalam kalangan ahli keluarga,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Program Advokasi Kesejahteraan Untuk Wanita@Keganasan Rumah Tangga (Aku Wanita@KRT) di sini pada Rabu. 

Noraini berkata daripada Januari hingga April lepas, sebanyak 104 kes keganasan rumah tangga dikesan berlaku di Terengganu.

Beliau berkata meskipun jumlah tersebut menunjukkan pengurangan berbanding tempoh sama tahun lepas iaitu 130 kes, namun angka yang direkodkan masih membimbangkan.

Sehubungan itu, beliau berkata kementerian melaksanakan pelbagai inisiatif bagi mengurangkan kes keganasan rumah tangga, termasuk menerusi Program Aku Wanita@KRT yang dirangka untuk mendekati masyarakat dalam menangani masalah tersebut.

Noraini berkata menerusi program berkenaan isu-isu berkaitan keganasan rumah tangga akan dibincangkan bersama pakar serta pemandiri iaitu mangsa yang telah berjaya keluar daripada masalah keganasan rumah tangga bagi berkongsi kisah kebangkitan dan pemulihan hidup mereka.

Sehubungan itu, beliau berkata kementerian melaksanakan pelbagai inisiatif bagi mengurangkan kes keganasan rumah tangga, termasuk menerusi Program Aku Wanita@KRT yang dirangka untuk mendekati masyarakat dalam menangani masalah tersebut.

Noraini berkata menerusi program berkenaan isu-isu berkaitan keganasan rumah tangga akan dibincangkan bersama pakar serta pemandiri iaitu mangsa yang telah berjaya keluar daripada masalah keganasan rumah tangga bagi berkongsi kisah kebangkitan dan pemulihan hidup mereka. – Sinar Harian

Related Posts