Negara Politik

‘Najib masih hidup, beliau kirim Salam Aidilfitri’ – Rosmah

SHAH ALAM: Datin Seri Rosmah Mansor menafikan dakwaan suaminya, Datuk Seri Najib Tun Razak telah meninggal dunia hari ini.

Menjelaskan hantaran yang dibuat seorang pengguna Facebook adalah tidak benar, isteri bekas Perdana Menteri itu malah menjelaskan Najib kini berada dalam keadaan sihat.

“Fitnah akhir zaman. Saya harap sesiapa di belakang fitnah ini sempat bertaubat sebelum menemui ajal.

“Alhamdulillah, Bossku dalam keadaan sihat buat masa ini dan beliau kirim Salam Aidilfitri kepada semua penyokong,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook pada Sabtu.

Terdahulu pemilik akaun Facebook yang menggunakan nama ‘Latif Putera Johor’ berkongsi satu tangkap layar yang menyatakan Najib meninggal dunia di sebuah hospital akibat jangkitan penyakit.

Rosmah turut kongsikan tangkap layar akaun palsu berkenaan, sebagai makluman kepada pengikut media sosial beliau.- Sinar Harian

Related Posts