Negara

Jamal Abdillah rai ulang tahun Tun M yang ke-100

PETALING JAYA – Raja Pop, Datuk Jamal Abdillah mencuri perhatian ramai apabila mendendangkan lagu ‘Selamat Ulang Tahun’ buat negawaran Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Detik istimewa itu dikongsikan pengguna @Adam Mohd Muhayeddin menerusi video di TikTok yang memaparkan penyanyi legenda terbabit menyanyikan lagu tersebut dalam satu majlis tertutup.

Apa yang mencuit hati penonton ialah reaksi spontan Tun Mahathir yang berseloroh mengenai mutu vokal Jamal walaupun sudah berusia 66 tahun.

“Suara masih ok,” kata Perdana Menteri keempat dan ketujuh itu bertanyakan umur Jamal.

Tun Mahathir kemudian memaklumkan usianya 99 tahun memandangkan ulang tahunnya yang ke-100 akan disambut pada 10 Julai ini.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial meluahkan rasa teruja melihat interaksi bersahaja dua figura hebat negara itu.

“Semoga Tun panjang umur dan terus sihat,” ucap @NSJ

“Begitu sopan Jamal. Cerminan keperibadian beliau,” kata @jojomucu

“Tahniah Datuk, Tun siap puji suara Datuk ok lagi,” ujar seorang lagi pengguna TikTok. – Kosmo











Related Posts