Mahkamah dan Jenayah

Tempoh tahanan Eda Ezrin, suami, dilanjutkan hingga 6 Ogos depan

KOTA BHARU: Penahanan penyanyi dikir barat popular dengan lagu Bea Soba Bea, Eda Ezrin, suami dan empat rakan dilanjut sehingga 6 Ogos depan.

Memetik Apa Khabar TV, Mahkamah Wilayah Narathiwat meluluskan permohonan pendakwa raya untuk melanjutkan tempoh memfailkan rayuan terhadap keputusan membebaskan penyanyi dikir barat, suami dan empat rakan mereka atas tuduhan bersama memiliki 6,059 biji pil methamphetamine.

Jurucakap Mahkamah Wilayah Narathiwat memaklumkan kelulusan kali ini adalah yang terakhir dan tidak akan dibenarkan lagi.

“Mahkamah mempertimbangkan permohonan yang dibuat oleh pendakwa raya hari ini, 4 Julai yang meminta tempoh memfailkan rayuan dilanjutkan untuk kali terakhir.

“Mahkamah memberi kebenaran lanjutan sehingga 6 Ogos depan dan mengingatkan pihak pendakwa raya supaya membuat keputusan sebelum tarikh berkenaan,” katanya.

Susulan keputusan itu, Eda Ezrin atau nama penuhnya Wan Norshaheeda Azlin Wan Ismail, 30; suaminya, Mohd Affendi Ahmad, 35; serta rakan mereka, Eridieka Mohd Noor, 33; Mohamad Alif Deraman, 33; Nur Aida Mamat, 33; dan Zuhaira Nasrin, 26, akan terus ditahan di Penjara Pusat Narathiwat sehingga 6 Ogos depan.

Dalam kes ini, mahkamah membenarkan permohonan pertama pendakwa raya antara 6 Mac hingga 6 April; kedua (6 April-6 Mei); ketiga (6 Mei-10 Jun); keempat (10 Jun-6 Julai) dan kelima (6 Julai-6 Ogos). – Harian Metro

Related Posts