Negara

Letupan saluran paip gas di Putra Heights tiada unsur khianat, cuai – Polis

SHAH ALAM: Polis mengesahkan letupan saluran paip gas di Putra Heights pada April lalu tidak mempunyai unsur khianat atau kecuaian sehingga menyebabkan kerosakan.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, ia selepas siasatan dilakukan secara terperinci mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan iaitu khianat dan aspek kecuaian mengikut Seksyen 285 Kanun Keseksaan serta Seksyen 286 kanun sama.

Menurutnya, polis menjalankan siasatan dengan memproses tempat kejadian, mengambil sampel, merakam percakapan seramai 212 saksi merangkumi mangsa, pihak Petronas, Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ), pemaju, kontraktor, saksi bebas dan lain-lain.

“Hasil siasatan pembinaan lot kedai di kawasan kejadian adalah mengikut garis panduan dan tiada kerja pembinaan terkesan dan aktiviti kerja berakhir 30 Mac lalu.

“Bacaan petunjuk juga menunjukkan tekanan gas adalah normal dan hanya menurun mendadak pada hari kejadian,” katanya pada sidang media di, sini, hari ini.

Beliau berkata, sehubungan itu, hasil siasatan mendapati tiada unsur khianat, sabotaj atau kecuaian sehingga menyebabkan kerosakan. Metro

Related Posts