Home NegaraBerhenti berlumba di jalan raya sebelum nahas menimpa – Sultan Pahang

Berhenti berlumba di jalan raya sebelum nahas menimpa – Sultan Pahang

oleh suara timur

KUANTAN: Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, menasihatkan mereka yang terbabit dalam aktiviti lumba haram supaya segera menghentikan perbuatan itu sebelum mengundang kemalangan atau tragedi.

Baginda bertitah setiap individu perlu selalu mengingati keluarga yang sentiasa menanti kepulangan mereka dengan selamat dan tidak menjadikan jalan raya sebagai medan untuk menguji keberanian.

“Beta amat berdukacita melihat masih wujud segelintir anak muda memilih jalan raya sebagai pentas mencari kemasyhuran, menjadikan deruman enjin sebagai lambang keberanian dan menganggap perlumbaan haram sebagai kebanggaan.

“Lebih mendukacitakan apabila budaya tidak bermoral ini diraikan di media sosial. Aksi berbahaya dipertontonkan untuk meraih pujian dan perhatian sedangkan hakikatnya, tepukan diterima hari ini sering kali berakhir dengan tangisan ibu bapa, penyesalan yang tiada penghujung dan pusara yang sunyi,” titah baginda.

banner

Al-Sultan Abdullah bertitah demikian pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran dan Pingat Pahang sempena Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-67 Sultan Pahang di Istana Abdulaziz di sini hari ini. – Berita Harian

Tinggalkan komen