KUALA TERENGGANU: Pulau Duyung di sini bakal menjadi hab sukan air dan maritim di Pantai Timur dengan pembinaan projek Kompleks Sukan Air Terengganu.
Kompleks sukan air itu akan dilengkapi kemudahan bagi latihan, kejohanan tempatan dan antarabangsa.
Projek ini adalah peruntukan kerajaan Persekutuan bagi memajukan sektor pelancongan dan sukan, khususnya sukan air.
Komponen pembinaan termasuklah laluan pertandingan sukan (perahu layar, jet ski etc), Dewan Serbaguna, Jeti moden, asrama atlet dan taman rekreasi air awam
Projek ini adalah sebahagian kecil daripada peruntukan pembangunan lebih RM1.8 bilion untuk negeri Terengganu pada 2024. – Suara Timur