Mahkamah dan Jenayah

Mayat lelaki ditemukan terapung dalam sungai di Pasir Puteh


KOTA BHARU: Mayat seorang lelaki ditemukan terapung dalam sungai berhampiran Kampung Tualang Tinggi di Pasir Puteh dekat sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh Superintendan Zaizul Rizal Zakaria berkata Balai Polis Selising menerima maklumat berhubung penemuan itu pada kira-kira 3.30 petang.

“Bertindak atas maklumat, sepasukan pegawai dari Balai Polis Selising dan Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Puteh bergegas ke lokasi kejadian sebelum menemui mayat terapung di sungai berkenaan.

“Hasil pemeriksaan lanjut di kawasan sekitar tidak menemui sebarang unsur jenayah yang boleh dikaitkan dengan kejadian itu,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata mayat itu telah dihantar ke Hospital Tengku Anis di Pasir Puteh untuk proses bedah siasat dan kes diklasifikasi sebagai mati mengejut. – Harian Metro

Related Posts