Mahkamah dan Jenayah

Polis Kelantan lupus dadah lebih RM11.3 juta

KOTA BHARU: Polis Kelantan melupuskan dadah bernilai lebih RM11.3 juta membabitkan rampasan sejak 1997 sehingga tahun lalu.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat, berkata dadah terbabit sudah melalui proses di mahkamah dan mendapat arahan untuk dilupuskan.

Katanya, rampasan dadah terbabit termasuk syabu, pil yaba, ganja, heroin, daun ketum dan air ketum.

“Kesemua rampasan dadah ini membabitkan kes selama 26 tahun bermula 1997 sehingga tahun lalu dan sudah selesai di peringkat mahkamah.

“Barang kes dadah paling tinggi adalah syabu membabitkan nilai RM9.6 juta diikuti dengan dadah lain.

“Masih ada banyak lagi rampasan namun belum selesai di peringkat mahkamah. Pelupusan ini akan dilakukan Syarikat Kualiti Alam Sdn Bhd di Bukit Pelanduk, Port Dickson, Negeri Sembilan,” katanya pada sidang media di Majlis Pelupusan Barang Kes Dadah, di sini, hari ini.

Mohd Yusoff berkata, pihaknya memberi peringatan tegas kepada seluruh lapisan masyarakat agar tidak terbabit dalam kegiatan pengedaran dadah dan penyalahgunaan dadah. – Harian Metro

Related Posts