Mahkamah dan Jenayah

Parah ditetak bapa saudara akibat dendam lama

PASIR PUTEH: Seorang lelaki cedera parah selepas ditetak bapa saudara angkat di Kampung Kulim di sini, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang itu, mangsa berusia 44 tahun cedera di tangan sebelah kanan dan kepala selepas dipercayai ditetak dengan sebilah parang oleh suspek berusia 55 tahun.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Superintendan Zaizul Rizal Zakaria, berkata suspek dikatakan ke rumah mangsa lalu menetaknya beberapa kali.

Katanya, serangan dipercayai berpunca akibat dendam lama.

“Suspek adalah adik beradik angkat ibu mangsa dan tinggal berhampiran rumah mangsa.

Zaizul Rizal berkata, polis menerima laporan berhubung kejadian menerusi panggilan kecemasan 999 daripada orang awam.

Katanya, suspek cuba melarikan diri dari tempat kejadian sebelum ditahan di rumahnya tidak lama selepas itu.

Beliau berkata, mangsa yang cedera parah di bawa ke Hospital Tengku Anis untuk rawatan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 326 dan Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah menggunakan senjata. – Berita Harian

Related Posts