TELUK INTAN: Identiti sembilan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang maut dalam kemalangan dengan lori muatan batu di Jalan Chikus-Sungai Lampam di sini, pagi tadi, sudah dikenal-pasti.
Ketua Polis Perak Datuk Noor Hisam Nordin berkata, kemalangan sama turut mengakibatkan sembilan lagi anggota FRU cedera dan kini dirawat di Hospital Teluk Intan.
Menurutnya, semua mangsa adalah daripada FRU Unit 5 yang berpangkalan di Sungai Senam, Ipoh.
“Ketika kejadian, lori FRU Unit 5 dinaiki semua 18 anggota dalam perjalanan pulang ke Ipoh selepas selesai penugasan perayaan Chitrapournami di Hilir Perak.
“Tiba di lokasi kejadian, lori FRU Unit 5 dirempuh daripada hadapan oleh lori membawa muatan batu yang dipercayai mengalami kegagalan fungsi stereng,” katanya.
Berikut senarai PRP FRU Unit 5 (meninggal dunia):
1. Sarjan S Perumal, 44 tahun
2. Sarjan Mohd Roslan Abd Rahim, 46 tahun (meninggal dunia di zon merah Hospital Teluk Intan)
3. Koperal Mohd Pozli Jaudin, 41 tahun
4. Koperal Nurit Ak Pandak, 34 tahun
5. Koperal Amiruddin Zabri, 38 tahun
6. Koperal Mohamad Hilmi Mohd Azlan, 38 tahun
7. Koperal Muhamad Akmal Muhamad, 35 tahun
8. Lans Koperal Damarrulan Abdul Latif, 33 tahun
9. Konstabel Akmal Wafi Annuar, 28 tahun
Berikut senarai PRP FRU Unit 5 (cedera):
1. Sarjan Mazlan Mat, 50 tahun
2. Sarjan Mohd Parih Ali, 44 tahun
3. Koperal Haslizal Mohd Ali, 44 tahun
4. Koperal Nizam Tarmizi, 38 tahun
5. Koperal Mohd Izwan Ishak, 39 tahun
6. Koperal Mohd Harrisul Ikhsan Mohd Mahabudin, 39 tahun
7. Koperal Syed Isfan Syed Mohammad, 32 tahun
8. Koperal Mohammad Zulnaidi Muhammad Zulkifli, 34 tahun
9. Lans Koperal Muhammad Aniq Taufiq Rozi, 26 tahun