Negara

Tragedi Putra Heights dari sudut pandang geologis

APABILA jadi letupan gas baru ini, saya terus buat andaian, ia bukan masalah sistem dan saluran paip teknikal PETRONAS.

Siapa yang dalam industri memang tahu betapa teliti dan susahnya nak buat kerja dalam ROW saluran paip PETRONAS. Saya syak mesti ada gangguan dari luar sistem.

PETRONAS juga membelanjakan sejumlah duit yang sangat banyak untuk memastikan aset dan pekerja selamat. Baik sebelum mahu pun selepas saluran paip dibina.

Saya mempunyai pengalaman membuat penilaian geologikal untuk kedua-dua keadaan. Gambar contoh kajian bahaya geologikal di kawasan saluran paip selepas dibina.

Cuma sebenarnya saya nak berkongsi bahawa bahaya secara asas ada 2 jenis, iaitu punca dari alam semula jadi dan punca dari manusia. Geologis akan lebih fokus kepada bahaya yang disebabkan oleh faktor alam. Ini contoh yang berkaitan saluran paip.

1 – Tanah di bawah saluran paip lembik

2 – Tanah tepi bergerak

3 – Kawasan saluran paip sensitif dengan gempa bumi

4 – Kawasan saluran paip dekat dengan cerun bukit yang boleh runtuh

5 – Bawah saluran paip ada kaviti yang boleh jadi lubang besar

6 – Ada pegerakan turun naik air bawah tanah atau pengekstrakan berlebihan air bawah tanah.

Saya tidak tengok tapak itu secara fizikal tapi pernah buat kerja area tapak itu. Cuma dari pengalaman dan pembacaan, kemungkinan bukan perkara 1- 5 dan tidak pasti perkara nombor 6.

Jadi saya lebih merasakan ini adalah faktor manusia. Tak pasti apa. Tak sabar nak tunggu keputusan. Harap tiada `cover up’ (menutup) berlaku.

Contoh faktor manusia?

1 – Pengorekan oleh pihak ketiga. Kerja tanah yang ganggu saluran paip.

2 – Beban berlebihan. Ada beban atas saluran paip yang melebihi kapasiti kekuatan paip. Jika tidak, kawasan berdekatan ada kerja pembinaan yang ada getaran kuat

3 – Kesilapan operasi dan sistem. Contohnya tekanan berlebihan atau salah buka/tutup injap.

4 – Kegagalan struktur atau bahan seperti paip bocor akibat kimpalan tak sempurna atau sebarang masalah berkaitan badan saluran paip sendiri.

5 – Pengaratan atau hakiksan akibat penyelenggaraan tidak berkala. menyebabkan paip menjadi lemah dan mudah bocor.

Ahmad Zulqurnain Ghazalli


– Harakahdaily

Related Posts