Negara

‘X70 pun nak mandi laut’

PORT DICKSON: Tular di media sosial sebuah SUV Proton X70 yang disewa tujuh pelajar UNITEN dari Sudan terjunam ke laut sedalam hampir satu meter di Pantai Cahaya, Batu 4 di sini, pagi tadi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Port Dickson, Deputi Superintendan Ruslan Mat Kib berkata pihaknya mendapat maklumat jam 10.30 pagi tadi daripada Facebook.

“Anggota Tugas Khas sampai ke lokasi dan mendapati SUV sudah ditarik ke pantai,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Temubual mendapati tujuh pelajar Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) menyewa kenderaan berkenaan untuk bersiar-siar sempena Aidilfitri.

“Mereka sampai di gigi pantai jam 6 pagi tadi dan kenderaan mereka naiki tersangkut di pasir pantai,” katanya.

Ruslan berkata, pada jam 10.30 pagi, mereka dapatkan bantuan jentolak untuk menarik SUV berkenaan ke pantai.

“Pelajar berkenaan memberitahu membawa kereta ke pantai untuk mencari lokasi membuat BBQ,” katanya. – Berita Harian

Tak mainlah duit raya, anak cucu teruja dapat geran rumah 

JAKARTA: Seorang lelaki di Indonesia mengundang perhatian ramai apabila memberikan anak-anak dan cucunya geran rumah sebagai ‘duit raya’, lapor portal berita iNews semalam. 

Rakaman dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @nayaaaaaaa_1208 memaparkan lelaki itu menghulurkan sehelai kertas berwarna hijau kepada setiap anaknya. 

Kertas tersebut bukan wang mahupun sampul raya, sebaliknya geran rumah. 

Klip video itu mencatatkan lebih 19.1 juta tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi. 

“Bapa yang bijak kerana mengelak anak-anaknya untuk merebut harta selepas meninggal dunia,” kata seorang netizen. 

“Saya sebenarnya anak anda yang hilang 10 tahun lalu,” kata pengguna media sosial lain. – Kosmo
 

Related Posts