Home NasionalEPIC, Pelabuhan Kemaman Catat Sejarah Terima Dua Aset Luar Pesisir Strategik

EPIC, Pelabuhan Kemaman Catat Sejarah Terima Dua Aset Luar Pesisir Strategik

oleh suara timur

KEMAMAN: EPIC Berhad menerusi Pelabuhan Kemaman terus mengukuhkan kedudukannya sebagai hab sokongan industri minyak dan gas apabila berjaya menerima dua aset luar pesisir strategik, iaitu Floating Production Storage and Offloading (FPSO) Berantai dan Floating Storage and Offloading (FSO) Sepat bagi melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan kritikal.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan EPIC, Dr. Ts. Muhtar Suhaili berkata, FPSO Berantai menjadi kapal FPSO pertama yang berlabuh di West Wharf pada Jun lalu untuk menjalankan operasi pembebasan gas (gas-freeing), pembersihan sisa minyak (residual oil cleaning) serta penyelenggaraan berskala kecil sebelum menjalani program dry-docking yang dijadualkan.

Beliau berkata, kejayaan itu disusuli ketibaan FSO Sepat pada Julai bagi melaksanakan kerja-kerja pembaikan rantaian sauh (anchor chain rectification) dan penyelenggaraan berskala kecil sebelum kapal itu meneruskan pelayaran ke lokasi sauh (anchorage) bagi tujuan lay-up.

PELABUHAN Kemaman kukuh kedudukan sebagai hqb sokongan industri minyak dan gas.

“Pemilihan Pelabuhan Kemaman sebagai lokasi pelaksanaan kerja-kerja penyelenggaraan kritikal ini membuktikan keupayaan dan kesiapsiagaan EPIC serta anak-anak syarikatnya dalam menyokong operasi luar pesisir dan marin yang kompleks.

banner

“Kehadiran dua aset strategik ini juga merupakan satu pencapaian penting kepada Pelabuhan Kemaman dan industri minyak serta gas tempatan,” katanya menerusi hantaran di Facebook kelmarin.

Menurut beliau, kedua-dua projek itu melibatkan lebih 400 tenaga kerja daripada pelbagai syarikat dan bidang kepakaran yang bekerjasama bagi memastikan setiap operasi dilaksanakan secara selamat, cekap serta mematuhi piawaian industri.

Beliau berkata, FPSO Berantai diuruskan oleh Vestigo Petroleum Sdn. Bhd., manakala FSO Sepat dikendalikan oleh PETRONAS Carigali Sdn. Bhd.

Muhtar berkata, EPIC Group bersama anak syarikatnya, Eastern Pacific Marine Services (EPIC Marine), turut merakamkan penghargaan kepada Vestigo Petroleum Sdn. Bhd. dan PETRONAS Carigali Sdn. Bhd. atas kepercayaan yang diberikan dalam menyediakan perkhidmatan sokongan sepanjang operasi kedua-dua aset berkenaan di Pelabuhan Kemaman.

Beliau berkata, pihaknya berharap kerjasama strategik itu dapat terus diperkukuh sekali gus membuka peluang kepada lebih banyak projek bernilai tinggi yang mampu merancakkan pertumbuhan industri minyak dan gas negara serta memberi limpahan ekonomi kepada Terengganu. – Suara Timur

Tinggalkan komen