Home NegeriJuruteknik pemasangan solar maut motosikal ditunggangi berlanggar trak tunda

Juruteknik pemasangan solar maut motosikal ditunggangi berlanggar trak tunda

oleh suara timur

Oleh MUKHATAR A. RAHMAN

KEMAMAN: Seorang juruteknik pemasangan solar maut selepas motosikal yang ditungganginya terbabit dalam satu kemalangan dengan sebuah trak tunda di persimpangan lampu isyarat dekat Bandar Kerteh, Kemaman, semalam.

Dalam kemalangan pada pukul 1.15 tengahari tadi  itu, mangsa Muhammad Shaznul Aidil Supardi, 26, maut yang mengalami kecederaan parah pada anggota badan meninggal dunia di tempat kejadian.

Kemalangan itu dikatakan berlaku ketika mangsa sedang dalam perjalanan dari rumah untuk menunaikan solat Jumaat di sebuah masjid berdekatan.

TRAK tunda yang terlibat dalam kemalangan dengan motosikal yang ditunggamgi mangsa Muhammad Shaznul Aidil Supardi di persimpangan lampu isyarat dekat Bandar Kerteh, Kemaman, semalam.

Ketika mangsa sedang keluar dari persimpangan lampu isyarat, sebuah lori tunda membawa muatan jentera pengorek dari arah Bandar Kemaman tidak sempat mengelak lalu melanggar dan menggilis motosikal mangsa.

banner

Mayat mangsa kemudiannya di bawa ke Unit Forensik Hospital Kemaman untuk proses bedah siasat.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Mohd Razi Rosli ketika dihubungi telah mengesahkan ada menerima laporan berhubung kejadian itu.

Menurutnya, kes berkenaan akan disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – Suara Timur

Tinggalkan komen