Negeri Politik

Bekas wakil rakyat BN diminta bantu perkasa gerak kerja parti

KUALA TERENGGANU: Bekas wakil rakyat Barisan Nasional (BN) di negeri ini diminta membantu memperkasa gerak kerja parti dalam menarik sokongan rakyat kepada parti UMNO dan BN menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16)  kelak.

Pengerusi UMNO Terengganu, Datuk Rozi Mamat berkata, pengalaman yang dimiliki bekas wakil rakyat memberi kelebihan dalam membantu parti untuk kembali mendapat sokongan pengundi khususnya pengundi muda

“Saya berharap bekas-bekas Yang Berhormat (YB) ini bersama-sama membantu memulihkan semangat dan menyedarkan generasi muda mengenai jasa, pengorbanan dan perjuangan UMNO yang yang dibawa selama ini kepada rakyat dan negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap
Majlis Ramah Mesra kepimpinan UMNO Negeri Terengganu Bersama mantan YB BN Negeri Terengganu di sini, hari ini.

Pada majlis itu turut diadakan perkongsian idea serta pandangan oleh bekas-bekas wakil rakyat kepada kepimpinan UMNO Negeri Terengganu mengenai pelbagai perkara di peringkat akar umbi.

Rozi memberitahu, beliau juga menzahirkan penghargaan di atas jasa dan sumbangan semua bekas wakil rakyat ketika dalam perkhidmatan bergelar YB dan juga berkhidmat kepada parti. – Suara Timur

Related Posts