KUALA NERUS: Puteri UMNO Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir hari ini mewakili Ketua UMNO Bahagian Kuala Nerus, Ahmad Razif Abd Rahman menyampaikan kek sempena Sambutan Hari Guru kepada tujuh buah sekolah serta Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kuala Nerus sebagai tanda penghargaan kepada warga pendidik.
Ahmad Razif berkata, penghargaan kecil itu diharap dapat menjadi simbol ucapan terima kasih dan penghormatan kepada para guru yang sentiasa gigih mendidik anak bangsa dengan penuh dedikasi dan keikhlasan.
“Selamat Hari Guru kepada seluruh warga pendidik, khususnya di Seberang Takir dan Kuala Nerus.
“Terima kasih atas segala jasa, pengorbanan dan dedikasi yang dicurahkan dalam mendidik anak bangsa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau turut mendoakan agar seluruh warga pendidik terus diberi kekuatan dan keberkatan oleh Allah SWT dalam melaksanakan amanah mendidik generasi masa depan negara.
Menurut beliau, golongan guru memainkan peranan amat penting dalam membentuk sahsiah, ilmu dan masa depan pelajar serta menjadi tunjang kepada pembangunan masyarakat dan negara.
