TANAH MERAH: Seorang wanita maut ditikam oleh suaminya dipercayai menggunakan senjata tajam di kediaman mereka di Gual Ipoh, di sini, tengah hari tadi.
Dalam kejadian jam 1 tengah hari itu, mangsa berusia 40 tahun meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala.
Sumber berkata, suspek yang juga suami mangsa berusia 63 tahun ditahan polis sejurus kejadian berkenaan.
Katanya, mangsa dipercayai ditikam sehingga mengalami kecederaan parah.
“Mayat dihantar ke Hospital Tanah Merah (HTM) untuk bedah siasat,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Superintendan Mohd Haki Hasbullah ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan dan siasatan lanjut masih dijalankan. – Metro
