Home NasionalGeng fotografer haram KLCC mengganas, dua lelaki pecah kepala

Geng fotografer haram KLCC mengganas, dua lelaki pecah kepala

oleh suara timur

KUALA LUMPUR: Dua lelaki cedera di kepala dipercayai menjadi mangsa pukul jurugambar haram di Menara Berkembar Petronas (KLCC) pada malam Ahad.

Perkara itu dikongsikan pempengaruh yang juga bekas guru, Mohd Fadli Salleh menerusi satu hantaran di Facebook miliknya.

Menurutnya, kejadian berlaku kelmarin apabila sekumpulan individu yang didakwa sebagai jurugambar haram bertindak agresif sehingga mencetuskan pergaduhan dengan pelancong asing di lokasi tumpuan tersebut.

“Pecah kepala member kena pukul dengan senjata, tak pasti senjata apa dekat KLCC.

banner

“Geng dia ramai, berpuluh orang. Masa itu dia bergaduh dengan pelancong asing sampai tahap pukul pelancong,” katanya.

Beliau mendakwa, dua mangsa yang juga peniaga air balang kebetulan berada di lokasi kejadian dan cuba meleraikan pergaduhan tersebut.

Namun, tindakan itu mengundang padah apabila mereka pula diserang secara beramai-ramai oleh kumpulan terbabit.

“Member yang jual air balang kebetulan ada situ pergi nak leraikan pergaduhan itu. Sekali geng photographer haram datang pukul beramai-ramai.

“Dua orang pecah kepala. Seorang kena tujuh jahitan dan seorang lagi dua jahitan. Pukul curi dari belakang, dia mai sapu. Balang air dia pun kena pecahkan,” ujarnya sambil memaklumkan laporan polis berhubung kejadian itu telah dibuat.

Dalam pada itu, beliau turut mendakwa isu kehadiran jurugambar haram di sekitar KLCC bukan perkara baharu, malah telah lama menjadi rungutan orang ramai. – Sinar

Tinggalkan komen