Home Mahkamah dan JenayahDatuk rogol cucu ditahan reman

Datuk rogol cucu ditahan reman

oleh suara timur

Oleh MUKHATAR A. RAHMAN

DUNGUN: Seorang datuk berusia 62 tahun
ditahan reman bagi membantu siasatan kes rogol terhadap cucu perempuannya yang berusia lima tahun, di Chukai, Kemaman, Rabu lalu. 

Perintah tahanan reman selama tujuh hari hingga Sabtu depan itu dibenarkan Majistret Nur Amira Fatihah Osman di Mahkamah Majistret Dungun, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Mohd. Razi Rosli berkata, penahanan suspek dibuat selepas pihak polis menerima laporan daripada seorang doktor.

banner

“Lelaki itu ditahan kira-kira pukul 7.45 petang semalam di Chukai, selepas kanak-kanak itu menceritakan kes rogol itu ketika merawat mangsa.

“Sebelum itu, mangsa dibawa ke Hospital Kemaman untuk menerima rawatan oleh ibunya selepas dia mengadu sakit di kemaluannya dan ibunya turut mendapati terdapat kesan merah pada kemaluan mangsa,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Mohd. Razi berkata, hasil siasatan lanjut mendapati kejadian itu dipercayai bukan pertama kali berlaku dan terdapat kesan koyakan lama pada kemaluan mangsa.

“Kejadian terakhir dipercayai berlaku di kawasan semak di tepi jalan di Chukai kira-kira pukul 12 hingga 1 tengah hari, minggu lalu,” katanya.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan. – Suara Timur

Tinggalkan komen