Home NegeriKereta bertembung, kanak-kanak maut, 7 cedera termasuk bayi

Kereta bertembung, kanak-kanak maut, 7 cedera termasuk bayi

oleh suara timur

KUALA TERENGGANU: Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun maut manakala tujuh lagi individu termasuk bayi berusia lima bulan cedera dalam kemalangan membabitkan dua kereta Perodua Axia di Jalan Felda Belara, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian 10 pagi, mangsa dilaporkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor, berkata, kemalangan membabitkan Perodua Axia dipandu seorang wanita berusia 20 tahun dari Kemaman.

Manakala sebuah lagi dipandu lelaki berusia 36 tahun dari Kampung Rahmat Chalok, Setiu.

banner

Katanya, siasatan awal mendapati, kemalangan berlaku apabila kenderaan dipandu lelaki berusia 36 tahun yang bekerja sendiri dipercayai hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan menyebabkan berlaku perlanggaran antara dua kenderaan terbabit.

“Akibat perlanggaran itu, wanita terbabit dilaporkan cedera parah manakala kereta yang dipandunya mengalami kerosakan teruk di bahagian hadapan, manakala kereta dipandu lelaki kemek di bahagian sisi kiri dan belakang.

“Mangsa yang maut adalah anak kepada pemandu lelaki terbabit dikenali sebagai Putri Fredella Al Frida Diandra Firdaus, dua tahun yang duduk di tempat penumpang belakang meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya.

Azli berkata, selain mangsa yang maut, beberapa individu termasuk pemandu dan penumpang kedua-dua kenderaan antaranya seorang bayi berusia lima bulan serta kanak-kanak berusia empat tahun turut terbabit dan mengalami kecederaan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – Harian Metro

Tinggalkan komen