Negeri Politik

Kain rentang dinaikkan desak Ahmad Samsuri letak jawatan

Oleh MOHD IMAN HAIKAL

KUALA TERENGGANU: Orang ramai tertanya-tanya mengenaikain rentang yang mendesak Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar melepaskan jawatannya yang dinaikkan di bandar ini, beberapa hari lalu.

Di kain rentang itu, terpampang wajah Ahmad Samsuri yang dipangkah dan tulisan berbunyi: “Demi masa depan kerajaan, MB Samsuri sila letak jawatan. #gengkitertolokMB”.

Ramai tertanya apa yang terjadi, selain mengandaikan sedang berlaku pergolakan dalaman kerajaan negeri.

Difahamkan kain rentang itu dinaikkan setelah kerajaan negeri gagal memberi dana raya kepada rakyat di negeri, selain kedudukan pendapatan kerajaan negeri antara tercorot di negara ini.

Hasil semakan dan komen orang ramai, difahamkan kain rentang tersebut merupakan banting lama yang ditularkan kembali oleh pengguna X.

Tetapi tidak pasti tahun bila kain rentang itu dinaikkan dan pihak yang bertanggungjawab.

Selain itu, tidak dipastikan sama ada terdapat laporan dibuat oleh pibak tertentu setelah kain rentang itu dinaikkan.

Sementara itu, di beberapa Facebook dipercayai milik pegawai lantikan politik Pas mendakwa kain rentang dinaikkan oleh penyokong UMNO yang ingin menimbulkan prasangka buruk terhadap Ahmad Samsuri.

Ahmad Samsuri dilantik sebagai menteri besar sejak 2018 ketika Pilihan Raya Umum ke-14. – Suara Timur

Related Posts