Home NegeriMayat pelajar Myanmar ditemukan lemas di Pantai Batu Buruk

Mayat pelajar Myanmar ditemukan lemas di Pantai Batu Buruk

oleh suara timur

KUALA TERENGGANU: Mayat pelajar warga Myanmar yang lemas ketika  mandi-manda di Pantai Batu Buruk di sini, kelmarin ditemukan  awal pagi tadi.

Anggota pasukan mencari dan menyelamat menemui mayat pelajar Kolej Universiti Antarabangsa INTI itu, Sithu Moe Lwin, 18, pada pukul 2.30 pagi kira-kira 38 jam selepas dilaporkan hilang.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asistan Komisioner Azli Mohd. Noor berkata, mayat pelajar warga Myanmar terbabit ditemukan  terdampar di pesisir pantai kira-kira 350 meter dari lokasi kejadian.

“Mayat pelajar Asasi Perniagaan itu ditemui anggota pasukan SAR yang melakukan rondaan di pesisir pantai menggunakan kenderaan lasak pelbagai permukaan (ATV).

banner

“Pengecaman kemudiannya dilakukan sebelum mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Sebelum itu, mangsa bersama tiga rakan yang belqjar di universiti yang sama iaitu dua warga Kenya dan Filipina tiba di Terengganu untuk bercuti, kelmarin

Mereka kemudiannya mengunjungi Pantai Batu Buruk untuk mandi sebelum mangsa tiba-tiba lemas akibat dibawa arus kuat pada pukul 10.35 pagi hari tersebut. – Suara Timur

Tinggalkan komen