DUNGUN: Seorang lelaki ditemukan mati dengan kesan darah pada bahagian kaki di Kawasan Projek Perumahan Ketengah, dekat Bandar Almuktafi Billah Shah, di sini.
Mayat ditemukan terbaring di atas tanah bersebelahan pintu penumpang bahagian hadapan kenderaan milik mangsa kira-kira jam 3.30 petang tadi.
Ketika ini belum ada sebarang kenyataan daripada pihak polis mengenai kes itu, dengan Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu juga masih menjalankan siasatan di lokasi. – Berita Harian