Home NasionalBayi 4 bulan maut selepas tidak sedar diri di taska

Bayi 4 bulan maut selepas tidak sedar diri di taska

oleh suara timur

DUNGUN: Seorang bayi perempuan berusia empat bulan meninggal dunia selepas ditemukan tidak sedarkan diri di sebuah taska di Bandar Al Muktafi Billah Shah, di sini, hari ini.

Mangsa dikatakan tidak sedarkan diri selepas tertidur sesudah diberikan susu pada pukul 10 pagi.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintenden Nik Ab. Halim Nik Mat berkata, bayi perempuan tersebut terus dikejarkan ke Klinik Kesihatan Durian Mas di sini sebelum dirujuk ke Hospital Dungun bagi rawatan lanjut.

“Mangsa diberikan bantuan pernafasan namun disahkan meninggal dunia pada pukul 12.45 tengah hari tadi.

banner

“Pemeriksaan awal tidak menemukan sebarang kecederaan fizikal pada tubuh mangsa,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Nik Ab. Halim berkata, berdasarkan laporan awal, bayi perempuan itu dalam keadaan sihat sewaktu dihantar ibunya ke taska berkenaan pada pukul 8 pagi.

Beliau berkata, proses bedah siasat akan dilakukan bagi mengenalpasti punca kematian mangsa.

“Dua pengasuh bertugas akan dipanggil untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya. – Kosmo

Tinggalkan komen