Home NasionalDuda dicekup khalwat, beri alasan bantu kekasih kerana kereta rosak

Duda dicekup khalwat, beri alasan bantu kekasih kerana kereta rosak

oleh suara timur

KLUANG: “Saya cuma bantu (hantar) pulang ke rumah kerana kereta dia rosak,” itulah alasan seorang duda ketika ditanya tujuan datang ke rumah pasangannya selepas dicekup pegawai dan anggota penguatkuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ), semalam.

Duda berusia 20-an, yang juga bapa kepada seorang anak ditahan bersama pasangannya berusia 20-an di sebuah rumah sewa di daerah ini pada jam 10 malam.

Menurut JAINJ, sebelum penangkapan dibuat, pihaknya menerima aduan orang awam berhubung pasangan terbabit disyaki berkhalwat dalam sebuah rumah.

“Menurut aduan pengadu, kejadian ini (khalwat) berlaku bukan setiap hari sebaliknya antara dua hingga tiga kali sebulan.

banner

“Apabila tiba di sebuah rumah teres dua tingkat, penguatkuasa hanya menemukan motosikal diparkir berhampiran rumah. Dua lagi penguatkuasa ditugaskan menjaga pintu belakang kerana bimbang mereka cuba melarikan diri.

Selepas pintu diketuk, kira-kira lima minit kemudian seorang lelaki memakai baju T dan berseluar panjang membukanya. Penguatkuasa terus memperkenalkan diri dan meminta izin untuk menjalankan pemeriksaan lanjut.

“Penguatkuasa menemui seorang wanita memakai seluar panjang dan baju T lengan panjang serta bertudung di dalam rumah itu. Bila ditanya apa hubungan mereka berdua, lelaki itu pada mulanya menjawab wanita itu adalah ‘bakal isteri,” katanya dalam kenyataan.

Katanya lagi, penguatkuasa sekali lagi bertanya kerana tidak berpuashati jawapan diberikan dan lelaki itu akhirnya mengaku mereka tiada sebarang hubungan malah sekadar pasangan kekasih.

Menurutnya, ketika disoal siasat, lelaki ini memberitahu dia berstatus dua dan bekerja di Kluang serta mempunyai seorang anak yang dijaga bekas isteri manakala wanita itu berasal dari negeri lain.

“Mereka berkenalan selepas apabila wanita ini ditukarkan ke sini sebaik tamat pengajian di universiti tempatan. Pada masa sama, lelaki itu banyak membantu wanita ini kerana masih baru dan belum ramai kawan.

“Apabila ditanya tujuannya datang ke rumah wanita itu pada malam, lelaki menjawab, dia sekadar membantu kerana kereta milik pasangannya rosak.

“Penguatkuasa kemudian merekodkan keterangan pasangan ini dan mereka akan didakwa mengikut Seksyen 27 Enakmen Kesalahan-Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Johor 1997 kerana berkhalwat,” katanya. – Berita Harian

Tinggalkan komen