Negara

Anwar sifatkan Russia rakan karib Malaysia

MOSCOW: Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Russia sebagai rakan karib Malaysia, sambil menegaskan bahawa negara menghormati Russia.

Menurut laporan Sputnik/RIA Novosti, dalam pertemuan dengan Presiden Russia, Vladimir Putin, Perdana Menteri turut menyatakan harapan agar kedua-dua negara dapat mengadakan mesyuarat penting dalam beberapa hari akan datang.

Perdana menteri tiba di Moscow untuk lawatan rasmi pada Selasa.

Terdahulu, Anwar diberikan sambutan rasmi di Kremlin yang menempatkan kediaman rasmi Presiden Vladimir Putin, sekali gus mencerminkan detik penting dalam usaha memperkukuh hubungan diplomatik antara Malaysia dan Russia.

Sejurus ketibaan beliau pada jam 1.48 tengah hari waktu tempatan (6.48 petang waktu Malaysia), Anwar yang sedang dalam rangka lawatan rasmi empat hari ke Russia, disambut Putin di Bilik Hijau.

Kedua-dua pemimpin itu kemudian mengadakan mesyuarat tertutup sebelum Anwar yang juga Menteri Kewangan, menghadiri majlis makan tengah hari dan mengadakan mesyuarat bersama delegasi kedua-dua negara.

Dalam pada itu, Putin menyifatkan Malaysia sebagai rakan yang boleh dipercayai dan penting bagi Russia semasa pertemuannya Anwar.

“Tuan Perdana Menteri yang dihormati, para sahabat sekalian, izinkan saya mengalu-alukan anda ke Moscow

“Malaysia ialah rakan lama kami yang sangat boleh dipercayai dan penting, sama ada secara umum mahupun di Asia Tenggara,” kata Putin semasa pertemuan itu. – Berita Harian

Related Posts