Home PolitikTiga ADUN Pas di Perlis gugur serta-merta

Tiga ADUN Pas di Perlis gugur serta-merta

oleh suara timur

Oleh MUKHATAR A. RAHMAN

KUALA TERENGGANU: Pas yang bermesyuarat semalam mengugurkan serta-merta tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Perlis.

Ketiga-tiga wakil rakyat itu adalah ADUN Chuping, Saad Seman, ADUN Bintong, Fakhrul Anwar Ismail dan ADUN Guar Sanji, Mohd Ridzuan Hashim.

Keputusan itu dibuat dalam mesyuarat Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat berdasarkan Fasal 76 dan Fasal 15A(1)(b) Perlembagaan Pas (Pindaan 2025).

banner

“Pas akan memaklumkan ketetapan ini secara rasmi kepada Speaker Dewan Undangan Negeri Perlis bagi tujuan memenuhi Perkara 50A(1)(a)(ii) Enakmen Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perlis (Pindaan) 2022 serta merta,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Difahamkan ia ada kaitan dengan isu lapan ADUN di Perlis termasuk tiga daripada Pas yang dilaporkan menarik balik sokongan terhadap Menteri Besar Perlis, Shukri Ramli daripada Pas

Difahamkan timbul isu susulan dakwaan beberapa ADUN daripada Pas dan Bersatu menyerahkan akuan berkanun (SD) kepada Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail pada Jumaat lalu, yang menyatakan mereka tidak lagi menyokong kepemimpinan Mohd Shukri.

Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis mempunyai 15 ADUN dan Perikatan Nasional (PN) menguasai hampir keseluruhan kerusi dengan 14 ADUN, sekali gus membentuk kerajaan negeri.

Daripada jumlah itu, sembilan kerusi dimenangi Pas, manakala lima kerusi lagi disandang Bersatu.

Pakatan Harapan (PH) hanya memenangi satu kerusi menerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Barisan Nasional  (BN) pula gagal menang di semua 15 kerusi DUN yang dipertandingkan. – Suara Timur

Tinggalkan komen