Home NegeriTerengganu mula dilanda banjir gelombang pertama

Terengganu mula dilanda banjir gelombang pertama

oleh suara timur

KUALA TERENGGANU: Seramai 276 mangsa daripada 65 keluarga menjadi mangsa terawal banjir gelonbang pertama di Terengganu setelah dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Masjid Kampung Pulau Redang, dekat sini, hari ini.

Menurut Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri, setakat ini, sebuah PPS sudah dibuka di pulau tersebut.

Katanya, kesemua mangsa yang berpindah di PPS itu membabitkan 101 lelaki dewasa, 103 perempuan dewasa, lapan warga emas lelaki dan 12 warga emas perempuan.

“Selain itu, terdapat 28 kanak-kanak lelaki, 22 kanak-kanak perempuan dan masing-masing seorang orang kurang upaya (OKU) lelaki dan perempuan ditempatkan di PPS terbabit,” katanya dalam kenyataan hari ini.

banner

Tambahnya, pada masa ini, hujan dilaporkan masih berterusan. – Suara Timur

Tinggalkan komen