Home PolitikDr Ahmad Samsuri tidak tahu nama disebut-sebut calon pengerusi PN

Dr Ahmad Samsuri tidak tahu nama disebut-sebut calon pengerusi PN

oleh suara timur

KUALA TERENGGANU: Naib Presiden PAS, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar tidak tahu menahu namanya disebut-sebut sebagai calon pengerusi Perikatan Nasional (PN).

“Saya bukan ahli majlis mesyuarat PN, jadi saya tidak tahu menahu nama disebut-sebut sebagai calon pengerusi PN.

“Kita akan tengok dan membuat keputusan apabila tiba masa dan ketikanya,” katanya ketika mengulas namanya dikaitkan sebagai calon pengerusi PN menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Terdahulu, Dr Ahmad Samsuri hadir menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) antara Yayasan Terengganu (YT) dan Batik Air, di sini, hari ini.

banner

Ketika mengulas dakwaan PAS akan bergerak secara solo menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang berikutan pergolakan kepimpinan PN, Dr Ahmad Samsuri yang juga Menteri Besar, berkata seluruh kepimpinan tertinggi parti memberi komitmen untuk memperkukuh dan memperkuatkan gabungan itu.

Katanya, agenda penting dan besar akan dilakukan adalah memperkukuh dan memperkuatkan PN.

“Tidak timbul isu PAS akan bergerak secara solo atau sebaliknya untuk menghadapi PRU akan datang.
“Kita menyedari realiti politik semasa dalam negara dan kita akan perkuatkan PN,” katanya.

Dr Ahmad Samsuri berkata, konflik kepimpinan yang berlaku akan selesai apabila majlis mesyuarat tertinggi PN diadakan.

“Tetapi kita tiada maklumat dan tidak tahu tarikh mesyuarat tertinggi PN akan diadakan,” katanya. – Metro

Tinggalkan komen