KUALA TERENGGANU: Pemimpin Pas di Terengganu sering mendakwa kononnya negeri ini tidak menerima bantuan kewangan daripada kerajaan Persekutuan.
Tohmahan tersebut dibuat untuk memberi gambaran kepada rakyat bahawa kerajaan Persekutuan bertindak zalim kepada kerajaan negeri.
Malah, penyokong Pas yang mempercayai penipuan pemimpin mereka turut menjaja cerita di kedai-kedai kopi di kampung dan pekan dengan tuduhan kerajaan Persekutuan menganaktirikan dan menindas kerajaan Pas Terengganu.
Pemimpin dan penyokong Pas berharap dengan fitnah tersebut, rakyat Terengganu marah dan benci kepada kerajaan Madani yang diterajui Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Sebaliknya, cerita sebenar adalah kerajaan Terengganu merupakan penerima bantuan kewangan terbesar daripada kerajaan Persekutuan dengan jumlah melebihi RM1.2 bilion pada tahun 2023
Peruntukan tersebut mengatasi negeri paling maju Selangor yang menerima hanya RM926 juta. Malah kita juga mendapat peruntukan dua kali ganda lebih besar dari Pahang.
Tindakan keterlaluan apabila pemimpin Pas sangguh menyebarkan fitnah demi mencapai cita-cita politik.
Pemimpin Pas sengaja mencipta keburukan tersebut untuk menutup kelemahan kerajaan Terengganu apabila Menteri Besar, Exco dan wakil rakyat gagal mentadbir negeri ini dwngan baik dalam tempoh hampir dua penggal ini sehingga jauh ketinggalan dalam banyak perkara berbanding negeri-negeri lain. – Suara Timur