GEORGETOWN: Lelaki dipercayai dalam keadaan tertekan selepas diberhentikan kerja cuba terjun dari Jambatan Pulau Pinang, dekat sini, namun berjaya diselamatkan, awal pagi tadi.
Difahamkan, lelaki itu bertindak demikian berikutan mengalami tekanan selepas diberhentikan kerja, tambahan pula isterinya sedang sarat mengandung.
Mangsa berusia 22 tahun itu diselamatkan pengguna jalan raya selepas curiga dengan tindakannya berada di tepi jambatan.
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Perak, Muhamad Nurakmal Azmi berkata, panggilan diterima pihaknya pada jam 2.20 pagi.
Katanya, maklumat diterima mengenai seorang lelaki yang mengancam mahu terjun dari jambatan berkenaan di Kilometer 8, dari arah Georgetown menghala ke Perai.
“Terdahulu, dia dikatakan dilihat berada di tepi jambatan dipercayai untuk terjun, namun orang awam menyelamatkan lelaki itu dengan menariknya dari tembok penghadang.
“Lelaki itu diselamatkan orang awam sebaik pasukan bomba tiba di lokasi,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Mengulas lanjut, Muhamad Nurakmal berkata, pihaknya kemudian menyerahkan lelaki itu kepada polis bagi tindakan lanjut.
“Terdahulu, dia dikatakan dilihat berada di tepi jambatan dipercayai untuk terjun, namun orang awam menyelamatkan lelaki itu dengan menariknya dari tembok penghadang.
“Lelaki itu diselamatkan orang awam sebaik pasukan bomba tiba di lokasi,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Mengulas lanjut, Muhamad Nurakmal berkata, pihaknya kemudian menyerahkan lelaki itu kepada polis bagi tindakan lanjut. – Berita Harian

 
                                                                                     
                                                 
							 
							