Mahkamah dan Jenayah

Lelaki libas remaja perempuan dengan pisau direman 7 hari

MELAKA: Seorang lelaki direman tujuh oleh Mahkamah Majistret di sini pada Selasa selepas disyaki melibas dan mencederakan seorang remaja perempuan menggunakan pisau.

Perintah reman selama tujuh hari terhadap suspek berusia 25 tahun itu dikeluarkan Majistret Sharda Shienha Mohd Suleiman bermula Selasa sehingga Isnin ini.

Terdahulu suspek berbaju reman jingga tiba di Kompleks Mahkamah Melaka dengan kenderaan polis.

Sebelum itu Sinar Harian melaporkan Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, kejadian menimpa mangsa berusia 18 tahun itu berlaku kira-kira jam 4.45 petang ketika mangsa bersama kakak iparnya dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Batu 9, Tangga Batu, Tanjung Kling.

Menurutnya, siasatan awal mendapati mangsa tidak mengenali lelaki yang menyerangnya malah memaklumkan tidak mempunyai musuh atau sebarang perselisihan faham dengan mana-mana individu.

“Ya kita dah tangkap suspek,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Rabu.

Jelas beliau, mangsa yang kini dirawat di Zon Kuning Hospital Melaka turut memaklumkan baru tiga minggu berpindah dari Tangkak, Johor ke Melaka dan bekerja sebagai operator kilang.

Ujar beliau, sebelum kejadian, mangsa membonceng motosikal ditunggang kakak iparnya berusia 21 tahun sebelum tiba-tiba berasa sakit di bahagian belakang dan meminta untuk berhenti di tepi jalan.

Jelas beliau, mangsa yang kini dirawat di Zon Kuning Hospital Melaka turut memaklumkan baru tiga minggu berpindah dari Tangkak, Johor ke Melaka dan bekerja sebagai operator kilang.

Ujar beliau, sebelum kejadian, mangsa membonceng motosikal ditunggang kakak iparnya berusia 21 tahun sebelum tiba-tiba berasa sakit di bahagian belakang dan meminta untuk berhenti di tepi jalan. – Sinar Harian

Related Posts