Negara

Seks dalam kelas di Baling: Walaupun suka sama suka, ia tetap kes rogol – Polis

ALOR SETAR: Kejadian rogol membabitkan seorang pelajar di sebuah sekolah di Baling yang dilaporkan hari ini, dipercayai dilakukan di beberapa lokasi berasingan termasuk dalam kelas dan ladang kelapa sawit.

Ketua Polis Kedah, Datuk Adzli Abu Shah, berkata mangsa dipercayai melakukan perbuatan itu dengan empat suspek secara berasingan.

Katanya, ia termasuk dalam kelas pada waktu petang memandangkan kelas hanya berlangsung pada sebelah pagi.

Pada waktu petang kelas kosong dan ketika itulah kejadian berlaku, selain perbuatan itu turut dilakukan di ladang kelapa sawit, namun bukan pada masa sama.

Adzli berkata, pihaknya percaya kejadian itu berlaku sekitar April tahun ini, dan seorang daripada suspek berusia 17 tahun adalah teman lelaki mangsa.

Adzli berkata, pihaknya percaya kejadian itu berlaku sekitar April tahun ini, dan seorang daripada suspek berusia 17 tahun adalah teman lelaki mangsa.

“Biarpun perbuatan itu dilakukan atas dasar suka sama suka, mangsa masih di bawah umur dan tidak boleh dianggap cukup matang untuk memahami akibatnya,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Adzli berkata, hasil siasatan mendapati, tiada tanda-tanda video itu dijual, cuma dikongsi termasuk oleh mangsa.

“Polis meminta semua pihak termasuk sekolah, ibu bapa dan masyarakat bekerjasama dalam menangani isu seperti ini.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 375 B Kanun Keseksaan dan Seksyen 8 Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak kerana penyebaran pornografi kanak-kanak.

“Walaupun ia dilakukan secara suka sama suka tetapi kerana ia kanak-kanak bawah umur, ia masih diklasifikasikan sebagai rogol,” katanya.

Adzli berkata, tindakan guru disiplin sekolah yang segera memaklumkan kepada ibu mangsa yang kemudian membuat laporan polis memudahkan tangkapan dilakukan segera.

Media sebelum ini melaporkan, empat remaja termasuk tiga pelajar di sebuah sekolah di daerah ini ditahan polis kerana disyaki terbabit melakukan rogol secara berkumpulan serta menyebarkan bahan lucah yang kemudian tular di media sosial. – Berita Harian



Related Posts