PETALING JAYA: Beberapa rakaman video tular di media sosial memaparkan detik cemas kejadian ribut yang melanda Kampung Sijangkang, Telok Panglima Garang petang tadi.
Angin kencang menerbangkan bumbung sebuah sekolah dan menyebabkan kerosakan di beberapa kawasan berhampiran.
Kelihatan serpihan bumbung dan objek ringan berterbangan dibawa pusaran angin kuat.
Difahamkan, kejadian berlaku sekitar pukul 5 petang dan turut menyebabkan beberapa rumah penduduk serta premis sekolah di sekitar Kampung Medan mengalami kerosakan.
Ahli Parlimen Kuala Langat, Datuk Dr. Ahmad Yunus Hairi berkata, kejadian itu disifatkan sebagai ribut kuat yang turut menjejaskan beberapa kawasan berhampiran dengan angin berpusing menyerupai puting beliung.
“Beberapa tempat di sekitar Sijangkang dilanda ribut dan puting beliung,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.
Difahamkan, kejadian berlaku sekitar pukul 5 petang dan turut menyebabkan beberapa rumah penduduk serta premis sekolah di sekitar Kampung Medan mengalami kerosakan.
Setakat ini, tiada kehilangan nyawa dilaporkan. – Kosmo