BEIJING: Ketua Pengarah Bomba, Datuk Seri Ts. Nor Hisham Mohammad hadir pada majlis pembukaan China Fire Exibition and Conference (China Fire 2025) sebagai tetamu kehormat di China International Exhibition Center, Beijing bermula 13 hingga 16 Oktober ini.
Menurut Nor Hisham, acara tersebut merupakan pameran dan persidangan antarabangsa terbesar dalam bidang perlindungan kebakaran.

Katanya, China Fire 2025 menghimpunkan lebih 1,000 pempamer dari lebih 40 negara dan dijangka menarik lebih 140,000 pengunjung.

“Pelbagai teknologi terkini termasuk sistem pengesanan dan pemadaman kebakaran automatik, kenderaan bomba moden, peralatan perlindungan diri (PPE), serta aplikasi kecerdasan buatan (AI) dan Internet of Things (IoT) dalam keselamatan kebakaran dipamerkan pada acara tersebut,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Selain pameran produk, Nor Hisham memberitahu, forum teknikal, demonstrasi dan sesi perkongsian pengetahuan antara pakar industri turut diadakan sempena acara berkenaan.
Tambahnya,, keseluruhannya, China Fire 2025 menjadi simbol kemajuan teknologi keselamatan kebakaran global dan komitmen bersama dalam melindungi nyawa serta harta benda. – Suara Timur